YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama-sama YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Kesihatan untuk bertemu dengan Professor Klaus Schwab, pengasas dan pengerusi eksekutif World Economic Forum (WEF).

Buku terbaharu Professor Klaus Schwab yang bertajuk Stakeholder Capitalism telah menerangkan tentang kapitalisme pihak berkepentingan dan peralihan kepada kepentingan kerjasama antara Kerajaan, perniagaan dan individu, serta perancangan jangka panjang untuk generasi akan datang. Kerajaan Malaysia pastinya berkongsi pendapat yang sama dari segi pendekatan senegara terutamanya bagi mengatasi wabak COVID-19.

Sehubungan itu, Kerajaan Malaysia amat bangga kerana diberi kesempatan untuk bekerjasama bersama WEF mengenai penubuhan Centre for the Fourth Industrial Revolution (C4IR). Penubuhan pusat pertama di Asia Tenggara ini akan memainkan peranan penting dalam menerajui transformasi digital di rantau ini.
Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Professor Klaus Schwab kerana telah sudi meluangkan masa membincangkan perkara-perkara sebegini. Beliau berharap lebih banyak kerjasama seperti ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang.