YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bertemu dengan Encik Lim Boon Heng, Pengerusi Temasek, Singapura, bersama Pengarah Eksekutif/ Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Dilhan Pillay Sandrasegara, di Davos, Switzerland.
Bersama-sama beliau ialah YBhg. Datuk Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan, Khazanah Nasional Berhad. Mereka turut berkesempatan membincangkan kerjasama antara Malaysia dan Singapura dari segi kolaborasi di antara Khazanah dan Temasek untuk kemajuan serantau.

Bagi tahun 2021, jumlah keseluruhan perdagangan antara Malaysia dan Singapura meningkat sebanyak 25.2 peratus (USD64.43 bilion). Jumlah eksport dan import masing-masing turut meningkat sebanyak 23.4 peratus (USD41.83 bilion) dan 28.6 peratus (USD22.61 bilion).
Ini jelas menunjukkan bahawa hubungan Malaysia-Singapura terus kekal stabil dan memanfaatkan kedua-dua negara. Momentum sebegini akan dapat diteruskan bagi membuahkan lagi hasil yang positif kepada ekonomi negara.