Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Pertemuan bersama Pengerusi IsDB di Mesir

Sesi Pertemuan bersama Pengerusi IsDB di Mesir

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah bertemu dengan H.E. Dr. Muhammad Al Jasser, Pengerusi IsDB Group merangkap Presiden IsDB untuk berbincang tentang keadaan semasa dan langkah-langkah yang dibuat oleh IsDB semasa penularan COVID-19 merebak di seluruh dunia.

Beliau turut diberi penerangan yang dibuat oleh IsDB dalam menyalurkan bantuan kepada negara-negara Islam yang lebih mendapat keutaman kerana ada beberapa negara Islam yang ketinggalan sedikit dari segi pembangunan teknologi dan populasi.


Beliau juga berkesempatan meminta agar kerangka gerak kerja masa hadapan IsDB Center of Excellence Kuala Lumpur (CoEKL) mesti mempunyai keunikan unggul bukan hanya sekadar ‘knowledge centre’ dan juga perlu mendapatkan beberapa input dari Malaysia untuk ditambah dalam membuat kerangka gerak kerja melestarikan institusi perbankan Islam supaya menjadi contoh kepada negara-negara Islam yang lain.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk sesi perbincangan sebegini. Malaysia akan sentiasa memberi sokongan penuh untuk mengekalkan daya tahan negara-negara Islam yang lain.

Arkib Foto

Logo Accessibility