Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Pertemuan Bersama Setiausaha Sosial Kepada Presiden Filipina

Sesi Pertemuan Bersama Setiausaha Sosial Kepada Presiden Filipina

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan bertemu dengan Bianca Zobel, Setiausaha Sosial kepada Presiden Filipina dan Dina Arroyo-Tantoco, Rustan's Head of Marketing Communications. Kedua-duanya juga merupakan pengasas kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) belia dalam bidang perniagaan di Filipina, Next Gen.

Mereka turut berkongsi pengalaman dan pendekatan dalam ‘youth communication’, kadar pengangguran dalam golongan belia, situasi  ‘brain drain’ yang berlaku dalam kalangan anak muda dan bagaimana mereka di Filipina menerapkan rasa cinta pada negara mereka pada anak-anak muda.

Beliau juga berkesempatan berkongsi berkenaan situasi dan pendekatan berkenaan anak muda di Malaysia.

Walaupun berbeza dari segi pecahan dan budaya masyarakat, tetapi pada dasarnya pendekatan yang sama tetap digunakan untuk anak muda. Bagi beliau, yang pastinya, ‘youth empowerment’ perlu menjadi agenda utama.

 

Arkib Foto

Logo Accessibility