YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan bertemu dengan pihak TalentCorp Group of Companies untuk mendengar taklimat tentang cadangan Pemerkasaan Ekosistem Pembangunan Bakat Berkualiti.

Antara fokus #Bajet2023 adalah pelaksanaan pembaharuan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, pendapatan dan juga perlindungan sosial. Maka, langkah-langkah yang diambil oleh TalentCorp adalah amat bertepatan dengan aspirasi Kerajaan untuk menjamin kesejahteraan #KeluargaMalaysia.

Terima kasih beliau ucapkan kepada Encik Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp dan semua delegasi yang hadir bersama-sama untuk mengemukakan cadangan yang menarik dan bernas.

Kementerian Kewangan akan sentiasa mendengar dan menerima input serta pandangan yang membolehkan Kerajaan memberi khidmat bakti hingga ke akar umbi.
