YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah bertemu dengan H.E. Dr. Mansur Muhtar, Timbalan Presiden IsDB Bahagian Operasi dan turut berbincang tentang perancangan strategi masa hadapan agenda negara-negara Islam dalam mengadaptasi perkembangan sosio ekonomi yang sedang dipergiat secara global.

Beliau turut mengambil maklum berkenaan keadaan semasa kebanyakan negara Islam yang masih lagi berada dalam tempoh pemulihan dan negara-negara yang memerlukan bantuan harus diberikan keutamaan dalam aspek pembangunan teknologi hijau, kelestarian infrastruktur dan pembangunan modal insan.

Beliau juga bersempatan berkongsi tentang pembangunan yang sedang dilakukan di Malaysia yang boleh dijadikan contoh atau acuan bagi pembangunan negara-negara Islam yang lain.

Sebagai wakil delegasi Malaysia, beliau ingin menyampaikan mesej yang memberikan impak kepada negara-negara Islam yang lain agar kita dapat membangun bersama-sama menuju masa hadapan yang lebih mampan.