YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sejurus selesai mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet turut berkesempatan bertemu warga Kementerian Kewangan (MOF) yang dalam penyiapan kerangka Belanjawan 2025.
Beliau yang diiringi YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II meluangkan masa bersama pegawai dan kakitangan Pejabat Belanjawan Negara dan turut diberi taklimat oleh YBhg. Dato' Shahrol Anuwar Sarman, Pengarah Pejabat Belanjawan Negara.
Beliau turut sempat meluangkan masa bersama pasukan Bahagian Cukai dan mendengar penerangan oleh YBrs. Encik John Patrick a/l Antonysamy, Setiausaha Bahagian Cukai.
Seterusnya, YAB Dato’ Seri Anwar turut bertemu pasukan Bahagian Fiskal dan Ekonomi dan diberi penerangan oleh YBrs. Dr. Mastura Abdul Karim, Setiausaha Bahagian Fiskal dan Ekonomi secara dalam talian.
Beliau turut menzahirkan pandangan kepada pegawai dan kakitangan MOF ketika kunjungan itu.
Turut mengiringi Perdana Menteri ialah YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBrs. Tuan Ramzi Mansor, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) dan YBhg. Dato' Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar).
Belanjawan 2025 bakal dibentangkan pada 18 Oktober 2024.
#Belanjawan2025
#MalaysiaMADANI