YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bertemu dengan YAB Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kerana sudi menerima kunjungan delegasi #TeamMOF walaupun YAB Menteri Besar sibuk dengan pelbagai urusan lain.

Dalam kunjungan kali ini, YAB Menteri Besar turut berkesempatan menunjukkan persekitaran Saujana, iaitu kediaman rasmi Menteri Besar Johor. Gambar yang paling menarik ialah gambar 9 Menteri Besar pertama Johor. Yang pertamanya ialah Datuk Jaafar Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang paling lama berkhidmat iaitu selama 33 tahun. Menteri Besar ketujuh pula ialah Datuk Onn Jaafar, yang juga pengasas dan mantan Presiden UMNO pertama. YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi adalah piut kepada Datuk Jaafar Haji Muhammad dan cicit kepada Datuk Onn Jaafar. Sememangnya keluarga YAB Menteri Besar Johor secara turun-temurun berkhidmat untuk negeri Johor dan kini tanggungjawab itu dipikul YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi.

MOF sentiasa bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri bagi memastikan pelaksanaan inisiatif buat seluruh #KeluargaMalaysia berjalan dengan lancar serta tertumpu kepada mereka yang layak dan memerlukan. Kerjasama rapat ini akan diteruskan demi kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara.
