Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Pertemuan bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)

Sesi Pertemuan bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan bertemu dengan YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab berkaitan Economic Planning Unit (EPU).

Beliau turut berkesempatan membangkitkan dan memberikan penjelasan terperinci berkaitan isu kesesakan jalan yang amat teruk pada setiap hari di persimpangan Kem Batu 10 dan Bukit Rangin yang telah menyebabkan kesukaran kepada semua pengguna khususnya masyarakat di Paya Besar, Pahang.

Beliau juga menerangkan kesan masa sekarang dan yang akan datang jika tidak diatasi segera dalam Rolling Plan-3.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada YB Dato’ Sri atas kesudian menerima kunjungan hormat beliau.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka yang turut hadir bersama dalam perbincangan tersebut antaranya YBhg. Datuk Wan Ahmad Uzir Haji Wan Sulaiman, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Ir. Ahmad Redza Ghulam Rasool,​ Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Infra) Jabatan Kerja Raya serta YH Dato' Razihan Adzharuddin, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.

Beliau akan meneruskan usaha-usaha dalam memastikan isu sebegini dapat diuruskan sebaik mungkin.

 

Arkib Foto

Logo Accessibility