YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan hadir ke prosiding yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bersama YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Kesihatan bagi isu Pembangunan dan Perolehan Aplikasi MySejahtera.

Kementerian Kewangan sentiasa bersedia untuk bekerjasama dalam memberikan maklumat yang diperlukan bagi membantu PAC dalam prosiding mereka.