Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi ramah mesra bersama Penggiat Seni

Sesi ramah mesra bersama Penggiat Seni

Selepas lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak PPR Hiliran Ampang, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan ke Pasaraya Lotus Taman Midah, Ampang untuk bertemu dengan beberapa penggiat seni bagi tujuan Program Bantuan Makanan Penggiat Seni. Turut bersama adalah wakil-wakil daripada Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) dan Yayasan Sime Darby (YSD).

Beliau juga berkesempatan beramah mesra bersama para penggiat seni untuk mendapatkan input mengenai sektor seni dari suara penggiat sendiri dan turut membeli-belah bersama Abang Lan, seorang veteran dalam industri seni tempatan.

Pada Mei 2020, CENDANA dan YSD telah memulakan Program Bantuan Makanan khusus bagi membantu penggiat seni yang terjejas pendapatan semasa penutupan sektor seni pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0. Ini termasuklah penggiat seni persembahan, visual, muzik, kraf tangan dan lain-lain.

Melihat kepada keperluan semasa pada tahun 2021, Kerajaan telah meneruskan bantuan di bawah Program Rangkaian Tindak Balas Bencana GLC dan GLIC (GDRN) bernilai RM25 juta di bawah Pakej PERMAI.

Bermula dari Jun 2021, sebanyak 1,500 permohonan dari masyarakat seni dan budaya telah diluluskan dan layak untuk mendapatkan baucar runcit RM160 (bujang) dan RM220 (keluarga). Beliau berharap bantuan sebegini serba sedikit dapat meringankan beban mereka yang terjejas.

Arkib Foto

Logo Accessibility