YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengadakan sesi soal jawab dengan pakar ekonomi dari pelbagai institusi mengenai #Belanjawan2021. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah bagaimana langkah-langkah yang diperkenalkan akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, memberi nilai pengganda, memperkukuh kedudukan kewangan dan fiskal Kerajaan serta melindungi rakyat.
