Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Soal Jawab di Dewan Rakyat

Sesi Soal Jawab di Dewan Rakyat

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan berada di Dewan Rakyat bagi sesi soal jawab lisan untuk menjawab pertanyaan daripada YB Tuan Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Bagan mengenai jumlah yang dibelanjakan berbanding dengan yang diperuntukkan sejak pandemik COVID-19 melanda Malaysia dan bentuk-bentuk bantuan wang untuk rakyat dan keberkesanannya.⠀

Secara ringkasnya: ⠀

Kerajaan telah meningkatkan perbelanjaan daripada RM297 billion kepada RM314 bilion pada tahun 2020 susulan penularan wabak COVID-19, menyebabkan defisit meningkat kepada 6.2 peratus. ⠀

Daripada jumlah peruntukan sebanyak RM322.5 bilion di bawah Belanjawan 2021, sejumlah RM216 bilion telah dibelanjakan seperti yang dirancang. ⠀

Di samping Belanjawan 2021, Kerajaan juga telah mengumumkan lapan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi bernilai RM530 billion yang merangkumi langkah fiskal dan bukan fiskal. Setakat 24 September 2021, lebih dari RM330 billion telah dibelanjakan, memanfaatkan 20 juta rakyat dan 2.4 juta perniagaan. ⠀

Dari segi bantuan tunai langsung kepada rakyat dan perniagaan, Kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM33 bilion untuk rakyat dan hampir RM30 billion untuk perniagaan. Oleh itu, dari segi keberkesanan pakej dan langkah berkenaan, trend pemulihan ekonomi dapat dilihat di mana ekonomi negara telah berkembang sebanyak 7.1 peratus pada separuh pertama tahun 2021, berbanding penguncupan sebanyak 8.4 peratus pada tempoh yang sama pada tahun 2020.⠀

Arkib Foto

Logo Accessibility