YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan turun padang ke sesi Sunathon iatu sesi berkhatan anak-anak #TeamMOF di Kementerian Kewangan (MOF) yang melibatkan seramai 47 orang kanak-kanak.

Turut diadakan sesi perarakan serta sesi acara mandi sembur air oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Turut hadir para doktor dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk menjalankan sesi berkhatan tersebut. Anak-anak #TeamMOF juga kelihatan ceria dan tidak sabar untuk sesi berkhatan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |