Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Taklimat #Bajet2022 Bersama Ketua-ketua Penerangan Pelbagai Parti Politik

Sesi Taklimat #Bajet2022 Bersama Ketua-ketua Penerangan Pelbagai Parti Politik

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mengadakan sesi taklimat #Bajet2022 bersama ketua-ketua penerangan daripada pelbagai parti politik.

Sesi tersebut adalah kesinambungan usaha Kerajaan dalam menjadikan #Bajet2022 sebagai sebuah bajet yang inklusif, dengan pendekatan Seluruh Negara (Whole-of-Nation) tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik. ⠀ ⠀

Langkah-langkah inklusif yang diambil Kerajaan di setiap peringkat adalah demi kesejahteraan #KeluargaMalaysia. Kementerian Kewangan sentiasa bersifat terbuka untuk mendengar dan menerima sebarang bentuk cadangan yang dapat menambah baik langkah-langkah yang dilaksanakan. ⠀ ⠀

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua wakil yang telah hadir pada sesi tersebut dan #TeamMOF amat menghargai semangat kebersamaan semua demi negara. Input yang diberikan akan diteliti dan diterapkan ke dalam #Bajet2022.

Arkib Foto

Logo Accessibility