YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mengadakan sesi taklimat #Bajet2022 bersama sebahagian daripada Keluarga Malaysia Backbenchers Club (KMBBC).

KMBBC merupakan antara kumpulan yang sering memberikan pandangan dan cadangan kepada #TeamMOF mengenai inisiatif-inisiatif Kerajaan serta isu-isu yang menyentuh kebajikan #KeluargaMalaysia.
Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada wakil-wakil yang telah hadir dalam sesi tersebut. Sesi libat urus berterusan sebegini akan dapat memastikan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan pemulihan ekonomi.