Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Taklimat Berkenaan Program Jobstart Philippines Di Filipina

Sesi Taklimat Berkenaan Program Jobstart Philippines Di Filipina

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan menghadiri taklimat berkenaan program JobStart Philippines, kerjasama antara Asian Development Bank (ADB) dengan kerajaan Filipina untuk mengurangkan kadar pengangguran di negara tersebut.

Program sebegini bukan sahaja membantu golongan belia Filipina mendapat pekerjaan, tetapi juga diberikan latihan untuk mengasah kemahiran mereka.

Beliau juga berkesempatan mendengar testimoni daripada peserta-peserta program tersebut dan sememangnya program sebegini memberi manfaat terutamanya buat golongan yang kurang berkemampuan.

Beliau amat berminat dengan pelaksanaan program tersebut dan beliau berpendapat bahawa ia boleh diaplikasikan di Malaysia.

Beliau akan mendapatkan perincian program tersebut dan berharap agar dapat dilaksanakan di Malaysia serta sekali gus memanfaatkan  anak-anak muda di Malaysia.

Arkib Foto

Logo Accessibility