YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II telah mengadakan sesi taklimat bersama agensi-agensi Kerajaan seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia Rantau Panjang, Jabatan Imigresen Kelantan serta Jabatan Pengangkutan Jalan.

Turut hadir, wakil daripada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin & Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Pihak Berkuasa Zon Rantau Panjang.

Taklimat tersebut bertujuan mendapatkan maklum balas dan perkembangan semasa pembangunan khususnya di Rantau Panjang yang antara lain cabaran yang dihadapi oleh agensi yang terlibat serta cadangan penyelesaian yang bersesuaian.

Kerjasama yang erat antara agensi amat penting untuk memastikan tanggungjawab yang telah diamanahkan dapat dilaksanakan dengan baik dan menguntungkan rakyat serta negara.
![]() |
![]() |