Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Taklimat bersama SBM

Sesi Taklimat bersama SBM

YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan telah berkesempatan menghadiri sesi taklimat di Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun (SBM).

SBM ditubuhkan untuk memastikan bahawa Badan Berkanun Persekutuan (BBP) beroperasi di bawah garis panduan yang jelas dan di bawah bidang kuasa Menteri Kewangan. Mereka memantau dan melaporkan prestasi kewangan badan berkanun serta menyediakan pekeliling, peraturan dan garis panduan yang penting untuk pengurusan kewangan yang efektif.

Dengan adanya SBM, kita dapat memastikan urus tadbir kewangan yang baik melalui peranan wakil Kementerian Kewangan yang dilantik dalam Lembaga Pengarah BBP. Ini adalah langkah penting untuk memastikan ketelusan dan kecekapan dalam pengurusan kewangan negara.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada para pegawai SBM yang sentiasa berkhidmat dengan penuh dedikasi dan profesionalisme. 

Arkib Foto

Logo Accessibility