Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Taklimat Media Sempena Pembentangan Belanjawan 2026

Sesi Taklimat Media Sempena Pembentangan Belanjawan 2026

Menjelang pembentangan Belanjawan 2026, sesi taklimat media telah berlangsung bagi memperincikan pendekatan Kerajaan dalam merangka belanjawan bukan sekadar sebagai dokumen perbelanjaan tahunan, tetapi sebagai wahana meneruskan agenda reformasi nasional.

Taklimat ini dipengerusikan oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dengan penyertaan pegawai kanan daripada Kementerian Kewangan termasuk YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, wakil Pejabat Perdana Menteri dan agensi media utama.

Belanjawan MADANI Keempat dibina atas usaha Kerajaan memperkukuh tatakelola bagi menoktahkan ketirisan dan mengembalikan hasil penjimatan kepada rakyat terbanyak. Melalui sesi ini, penyampaian media diharap dapat memperluas kefahaman mengenai dasar fiskal, keutamaan reformasi dan hala tuju ekonomi negara demi kemakmuran bersama.

#MalaysiaMADANI
#EkonomiMADANI
#Belanjawan2026

Arkib Foto

Logo Accessibility