YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan menghadiri sesi taklimat prestasi ekonomi untuk suku pertama tahun 2022 daripada wakil-wakil Bank Negara Malaysia.
Ekonomi Malaysia berkembang kukuh kepada 5.0 peratus pada suku pertama tahun ini, berbanding penguncupan 0.5 peratus pada suku sama 2021, disokong terutama oleh pengukuhan permintaan domestik.
Angka itu juga adalah lebih tinggi berbanding pertumbuhan 3.6 peratus yang dicatatkan pada suku keempat tahun lalu.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Encik Ahmad Faisal daripada Jabatan Ekonomi dan Encik Ahmad Mohd Ripin daripada Jabatan Dasar Monetari Bank Negara Malaysia di atas penerangan yang cukup jelas.
Beliau yakin dan percaya, ekonomi Malaysia akan terus dipacu lebih maju di suku kedua tahun ini dengan segala langkah dan dasar yang diambil dalam memastikan ekonomi negara kekal berdaya tahan.