YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan hadir ke Sesi Taklimat Rang Undang-Undang Kementerian Kewangan (MOF) kepada Kerajaan Keluarga Malaysia Backbenchers Club (KKM BBC) di Parlimen.
Sesi taklimat tersebut dianjurkan khas supaya Kementerian Kewangan dapat memberi penerangan kepada ahli-ahli Kerajaan Keluarga Malaysia Backbenchers Club (KKM BBC) mengenai 9 RUU bagi meminda akta cukai tidak langsung yang ditadbir oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Pindaan akta dan perundangan cukai tidak langsung sentiasa dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi tujuan menambah baik, menyeragam dan mengemaskini mana-mana peruntukan sedia ada atau memasukkan peruntukan baharu ke dalam akta supaya perundangan cukai lebih telus, efisien, selari dengan perubahan semasa polisi percukaian serta dapat memenuhi keperluan perniagaan dan pembayar cukai.
MOF sentiasa komited untuk memastikan sistem percukaian negara berada di landasan tepat untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan cara terbaik.