Sesi Taklimat RUU MOF kepada Kerajaan Keluarga Malaysia BBC

Sesi Taklimat RUU MOF kepada Kerajaan Keluarga Malaysia BBC

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menghadiri sesi taklimat Rang Undang-Undang (RUU) Kementerian Kewangan (MOF) kepada Kerajaan Keluarga Malaysia Backbenchers Club (BBC).

Pihak MOF turut berbesar hati menyambut delegasi Ahli-ahli Parlimen diketuai oleh Pengerusi Kerajaan Keluarga Malaysia BBC, YB Dato’ Sri Haji Tajuddin Abdul Rahman yang sudi meluangkan masa untuk hadir ke pembentangan tersebut.

Turut hadir bersama bagi pihak MOF adalah Timbalan Menteri Kewangan I, YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II, YB Tuan Haji Yamani Hafez Musa, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Dato' Asri Hamidon dan Pengarah Pejabat Belanjawan Negara, YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican.

Taklimat tersebut diperlukan untuk memberi pencerahan kepada ahli-ahli Yang Berhormat daripada BBC tentang Kumpulan Wang COVID-19 (Pindaan) 2021 (KWC), Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Amanah Negara (Pindaan) 2021, Rang Undang-Undang Perbekalan Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2020 dan Rang Undang-Undang Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2021.

RUU tersebut dirangka untuk mendepani cabaran semasa yang tidak menentu, selari dengan agenda Kerajaan Keluarga Malaysia iaitu memacu pembangunan ekonomi negara dan kesejahteraan hidup rakyat kita.