Sesi Taklimat Tribunal Rayuan Kastam (TRK) kepada YB Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan yang baharu telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perbendaharaan 2.
Taklimat ini dihadiri oleh YBrs. Puan Rozina Ayob, Pengerusi TRK, Ahli-ahli Tribunal, Setiausaha Tribunal dan pegawai-pegawai TRK.
Taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Puan Rozina diikuti dengan pembentangan oleh dua Ahli Tribunal.
Antara isu yang dibentangkan adalah berkaitan profil TRK termasuk penglibatan TRK dalam Pelan Strategik Pendigitalan Perbendaharaan Malaysia (PSPPM) Tahun 2026-2030 melalui pembangunan sistem e-TRK sebagai sebuah platform digital bersepadu.
Selain itu, TRK juga telah diberi ruang untuk membincangkan hala tuju TRK dan isu-isu semasa Tribunal yang melibatkan empat perkara utama berikut:
YB Liew Chin Tong juga telah mengesyorkan agar Ahli Tribunal diberi peluang bagi penglibatan persidangan di peringkat antarabangsa dan memperaku kepentingan TRK dalam memberi sumbangan dan perkhidmatan kepada sektor import dan eksport negara termasuk kutipan hasil dan pematuhan percukaian dan perkastaman.