YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan berkesempatan ke BFM bagi mengupas dengan lebih mendalam mengenai Belanjawan 2026 yang telah diumumkan pada 10 Oktober 2025 oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Belanjawan 2026 merupakan dokumen dasar fiskal negara yang menggariskan keutamaan kerajaan dalam merangsang pertumbuhan ekonomi, memperkukuh kedudukan kewangan negara serta memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.
Antara fokus utama adalah pelaksanaan reformasi fiskal yang menekankan aspek penguatkuasaan dan pematuhan bagi mengurangkan ketirisan, memperkukuh hasil negara serta memastikan setiap ringgit perbelanjaan awam dimanfaatkan secara berkesan dan berintegriti.