Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Tinjau ke Sabak Bernam #TinjauMOF

Sesi Tinjau ke Sabak Bernam #TinjauMOF

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengadakan Sesi Tinjau ke Sabak Bernam #TinjauMOF sebaik dimaklumkan oleh pegawai mengenai Encik Yusup Tarli, salah seorang penduduk di DUN Air Tawar, yang baru sahaja diserang penyakit angin ahmar (stroke) dan kini terlantar di rumah.

Mendengar berita tersebut, beliau telah melawat Encik Yusup di rumah dan menyampaikan sumbangan dari #TeamMOF . Beliau mendapati ADUN Air Tawar, YB Datuk Rizam Ismail juga telah menyumbang katil perubatan untuk kegunaan Encik Yusup. Beliau dan #TeamMOF mendoakan semoga Encik Yusup cepat sembuh dan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.

Beliau ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan semua tentang skim mySalam di bawah Pakej PRIHATIN. Di bawah mySalam anda layak menerima:

  1. Bayaran tunai RM8,000 sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal termasuklah angin ahmar
  2. Bayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari. ⠀

Layari laman sesawang www.mysalam.com.my untuk maklumat lanjut.⠀

Arkib Foto

Logo Accessibility