Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Tinjauan Di BHPetrol Alor Setar, Kedah

Sesi Tinjauan Di BHPetrol Alor Setar, Kedah

YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan turun padang meninjau pelaksanaan sistem subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) di BHPetrol Alor Setar, Kedah.

Turut hadir YB Teh Swee Leong, ADUN Kota Darul Aman dan YBhg. Dato' Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), Kementerian Kewangan.

Bermula 30 September 2025, sistem ini dibuka sepenuhnya kepada 16 juta warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif. Pembelian boleh dibuat melalui kaunter stesen minyak yang memerlukan pengesahan warganegara melalui MyKad, akses digital turut tersedia melalui aplikasi seperti TNG, Setel (Petronas), CaltexGo dan lain-lain aplikasi syarikat minyak terpilih. 

Untuk pertanyaan lanjut mengenai BUDI95, boleh hubungi 1300-88-9595 atau layari laman rasmi BUDI MADANI.

Arkib Foto

Logo Accessibility