Pilih bahasa anda
YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah berkesempatan turun padang untuk meninjau pelaksanaan awal BUDI Diesel di Stesen Minyak PETRONAS NKVE arah Damansara.
Turut hadir ialah YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah berkata, permohonan tambahan kuota boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi BUDI MADANI.
Beliau turut memaklumkan pelaksanaan awal BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) yang memasuki hari kedua berjalan lancar tanpa sebarang masalah teknikal.
Portal rasmi BUDI MADANI telah menerima lebih 18,000 permohonan bagi tambahan kuota diesel bersubsidi sebanyak 100 liter sebulan, daripada pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip yang layak.
Kerajaan akan terus memberi tumpuan bagi memastikan pelaksanaan inisiatif ini berjalan lancar menjelang 1 Julai ini.
Pelaksanaan awal BUDI Diesel bermula kelmarin di Semenanjung dengan pengguna menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.15 seliter bagi kuota anjal hingga 200 liter, sebelum kadar itu diselaraskan kepada RM2.10 seliter.