Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Tinjauan Di Stesen Petronas Sri Hartamas, KL

Sesi Tinjauan Di Stesen Petronas Sri Hartamas, KL

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II turun padang untuk meninjau sendiri perkembangan pelaksanaan inisiatif subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) di Stesen Petronas Sri Hartamas, Kuala Lumpur. Turut hadir YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Sehingga jam 6 petang 30 September 2025, hampir 3 juta pengguna telah memanfaatkan program ini dengan jumlah jualan mencecah hampir RM91 juta dalam tempoh hanya empat hari sejak ia dilaksanakan.

Dalam sesi tersebut, YB Datuk Seri Amir Hamzah turut berinteraksi dengan pengguna dan pengusaha stesen minyak bagi mendapatkan maklum balas secara langsung mengenai pelaksanaan program ini. Beliau menekankan bahawa Kementerian Kewangan akan terus komited untuk memantau dari semasa ke semasa bagi memastikan rakyat dapat menikmati manfaat subsidi ini dengan mudah dan lancar.

BUDI95 dilaksanakan secara berperingkat sejak 27 September 2025 dan pada 30 September 2025, seramai 16 juta rakyat Malaysia yang mempunyai MyKad dan lesen memandu yang aktif mula menikmati subsidi RON95 pada harga RM1.99 seliter dengan kelayakan individu sehingga 300 liter sebulan.

Arkib Foto

Logo Accessibility