YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan ke tingkat 116 Menara Merdeka 118 untuk meninjau kerja-kerja pembinaan yang sudah pun hampir siap. ⠀

Pelbagai perkara yang menarik mengenai menara tersebut dan antaranya adalah Merdeka 118 adalah menara tertinggi di Asia Tenggara dan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa. Selain itu, menara tersebut juga akan dilengkapi dengan sistem lif yang antara terpantas di dunia dan sistem lif yang boleh digunakan semasa kecemasan seperti kebakaran. ⠀ ⠀

Selain dikelilingi bangunan warisan yang dibaik pulih, Merdeka 118 juga akan dilengkapi dengan kemudahan lain seperti Masjid Merdeka, pusat beli-belah 118 Mall, kediaman dan pusat penjagaan kanak-kanak. Semuanya bagi memastikan komuniti setempat dapat terus diperkasa, terutamanya komuniti perniagaan yang berdekatan. ⠀ ⠀

Merdeka 118 akan dilancarkan sepenuhnya tidak lama lagi dan akan memberikan impak langsung postitif kepada rakyat dan ekonomi Malaysia. 
p>