Pilih bahasa anda
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah turun padang ke Pasar Tani Taman Melawati bagi meninjau sendiri pelaksanaan kemudahan pembiayaan mikro serta menyantuni penjaja, peniaga kecil dan usahawan mikro.
Lawatan ini diadakan susulan perbincangan bersama pelbagai agensi mikrokredit termasuk Bank Simpanan Nasional, TEKUN Nasional, Bank Rakyat, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), MARA dan Agrobank bagi memperkukuh penyampaian maklumat serta memastikan lebih ramai rakyat mendapat akses kepada kemudahan pembiayaan yang disediakan kerajaan.
Menurut YAB Dato’ Seri Anwar, pendekatan turun padang amat penting agar rakyat tidak perlu berdepan kesukaran mendapatkan maklumat atau hadir sendiri ke pejabat agensi berkaitan. Sebaliknya, agensi digalakkan mendekati rakyat secara langsung bagi memberi penerangan serta memudahkan urusan permohonan pembiayaan.
Kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan mampu membantu peniaga kecil mengembangkan perniagaan melalui kadar pembiayaan rendah sekitar 4% setahun di samping proses bayaran balik yang memberangsangkan.
Beliau juga menzahirkan penghargaan kepada semua agensi dan pegawai yang turun padang dalam usaha membantu rakyat memahami peluang yang tersedia, khususnya kepada penjaja dan usahawan mikro yang menjadi tulang belakang ekonomi setempat.
Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh akses pembiayaan inklusif demi memastikan lebih ramai rakyat berpeluang meningkatkan taraf hidup serta memperkasa e