YB Tuan Haji Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan turun padang untuk meninjau operasi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Beliau amat berpuas hati dengan segala penerangan dan pencapaian oleh JKDM. Beliau sedia maklum bahawa pasukan JKDM berdepan dengan pelbagai cabaran dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Beliau turut berharap agar pasukan JKDM kekal komited dalam fasa endemik dan pemulihan ekonomi ini.
![]() |
![]() |
![]() |