YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan meninjau kawasan kawalan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di pesisir pantai Kuala Terengganu dengan menaiki bot.
Pelbagai pandangan dan maklum balas yang telah beliau peroleh daripada pihak JKDM.
Beliau percaya bahawa pihak JKDM dan seluruh agensi yang berkenaan akan mempertingkatkan keselamatan dari semasa ke semasa. Kerjasama yang erat antara pihak agensi dan kementerian amat penting dalam melindungi kemakmuran, keselamatan dan kesejahteraan sejagat serta negara.