Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Tinjauan Sempena Jelajah #Bajet2023 Ke Kawasan Pembinaan Laluan Projek ECRL Seksyen 4 Dungun, Terengganu

Sesi Tinjauan Sempena Jelajah #Bajet2023 Ke Kawasan Pembinaan Laluan Projek ECRL Seksyen 4 Dungun, Terengganu

YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan meninjau kawasan pembinaan laluan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Seksyen 4 Dungun, Terengganu.

Beliau melihat perkembangan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECdRL) di mana pencapaiannya telah mencapai tahap kemajuan lebih awal dari yang dijadualkan iaitu dengan peratusan 33.67 peratus keseluruhan ECRL setakat Ogos 2022.

Ini akan memberi manfaat kepada seluruh penduduk yang dijangka akan merentasi negeri-negeri Pantai Timur dan akan menjimatkan serta memendekkan masa perjalanan. Dalam masa yang sama juga, pembinaan tersebut akan menjana ekonomi tempatan.

Semoga projek tersebut secara keseluruhan dapat disiapkan dengan jayanya dan dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.


Arkib Foto

Logo Accessibility