YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I dan #TeamMOF telah berkesempatan meninjau Ketereh Digital Hub yang terletak di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) yang telah dirasmikan YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri pada 23 Julai yang lalu.
Digital Hub Ketereh menyediakan program dan latihan yang komprehensif termasuk latihan penghasilan dan mengedit kandungan kepada peniaga mengoptimumkan jualan secara dalam talian.
Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di Digital Hub Ketereh seperti studio penstriman (live-streaming studio), studio penggambaran serta studio untuk pereka fesyen.
Program latihan dan kemudahan yang disediakan di Digital Hub Ketereh menjadi satu kelebihan buat usahawan dan peniaga kecil yang terpilih dari Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk mendapat latihan menghasilkan kandungan dan pendedahan menggunakan platform secara dalam talian yang membolehkan akses kepada pasaran global.
Dengan adanya ‘digital hub’ seperti ini, beliau yakin dan percaya pendigitalan luar bandar dapat dirancakkan.