Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Tinjauan Sempena Majlis Peluncuran PADURI MADANI

Sesi Tinjauan Sempena Majlis Peluncuran PADURI MADANI

YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan meluangkan masa meninjau dan berinteraksi bersama para usahawan kecil Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di Majlis Peluncuran PADURI MADANI yang mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan. Daripada kraftangan, perniagaan makanan ringan hinggalah kepada servis komuniti dan perusahaan mikro tempatan.

Golongan usahawan kecil ini bukan sekadar mencari rezeki untuk keluarga, tetapi memainkan peranan penting sebagai penggerak ekonomi akar umbi, membuka peluang pekerjaan kecil-kecilan, menjana pendapatan komuniti serta membantu merancakkan ekonomi setempat.

Di bawah sokongan pembiayaan mikro dan ekosistem bantuan yang lebih inklusif, ramai dalam kalangan mereka berjaya mengubah kehidupan daripada sekadar berniaga kecil-kecilan kepada membina sumber pendapatan yang lebih stabil dan mampan.

Setiap produk yang dihasilkan membawa cerita ketabahan, semangat berdikari dan harapan untuk masa depan yang lebih baik.

Kerajaan MADANI melalui sokongan berterusan kepada institusi seperti AIM dan percaya bahawa pembangunan ekonomi rakyat perlu bermula dari bawah untuk memastikan tiada golongan tercicir dalam arus pembangunan negara.

Arkib Foto

Logo Accessibility