Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Tinjauan Sempena Pelaksanaan Hari Pertama Program BUDI MADANI Diesel

Sesi Tinjauan Sempena Pelaksanaan Hari Pertama Program BUDI MADANI Diesel

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah mengadakan lawatan ke stesen minyak Caltex Presint 8, Putrajaya bagi meninjau pelaksanaan hari pertama Program BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel).

Lawatan ini bertujuan memastikan proses pengesahan MyKad, pembayaran serta penyaluran subsidi diesel berjalan lancar dan berkesan. Berdasarkan tinjauan di lapangan, operasi stesen berjalan seperti yang dirancang tanpa sebarang isu teknikal, manakala orang ramai dapat mengisi minyak dengan mudah menggunakan sistem BUDI Diesel.

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah berkata pelaksanaan BUDI Diesel di Semenanjung Malaysia menerusi akses awal sejak 27 Jun lepas berjalan lancar dengan hampir 80,000 pengguna memanfaatkan kemudahan itu, manakala lebih 700,000 pengguna dijangka layak menyertai program berkenaan di seluruh negara.

Turut hadir YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, YBhg. Dato' Seri Mohd Sayuthi Bakar, Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), YBhg. Datuk Azman Adam, Ketua Pengarah, Bahagian Penguatkuasa KPDN dan Encik Leong Jee Wong, Pengerusi Negara, Caltex Malaysia.

Bermula 1 Julai 2026, rakyat Malaysia yang layak dan memiliki kenderaan diesel boleh menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter melalui pengesahan MyKad. Pemilik kenderaan diesel persendirian boleh menyemak status kelayakan, had kelayakan bulanan dan maklumat lanjut di www.budimadani.gov.my.

Kerajaan akan terus memantau pelaksanaan BUDI Diesel bagi memastikan subsidi sampai kepada pengguna yang layak, mengurangkan ketirisan dan melindungi bekalan negara.

Arkib Foto