Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi #TinjauMOF Bersama Komuniti Nelayan Kampung Simpang Empat Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam

⠀

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah meneruskan sesi #TinjauMoF bersama Komuniti Nelayan Kampung Simpang Empat Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam bagi mendapatkan maklum balas mengenai kebajikan dan kelangsungan hidup nelayan setempat.

Semasa perbincangan, perkara pertama yang mereka sampaikan adalah rasa terima kasih terhadap Kerajaan atas kenaikan Elaun Sara Hidup buat nelayan dan petani daripada RM250 kepada RM300 sebulan, dengan peruntukan RM151 juta secara keseluruhannya. Mereka juga amat bersyukur dengan peruntukan RM1.7 bilion #Belanjawan2021 dalam bentuk subsidi, bantuan, dan insentif kepada petani dan nelayan.

Bagi mereka, perkara yang perlu diberi perhatian ialah penambahbaikan infrastruktur. Menurut Fadli Rusni, selaku ketua komuniti nelayan, jeti yang dibina pada tahun 1984 perlu dibaikpulih semula untuk memudahkan operasi harian dan yang lebih penting, untuk menjamin keselamatan nelayan.

Semasa sesi tersebut, beliau juga telah memberi penerangan mengenai Program Pemodenan Vessel & Mekanisasi Tangkapan di bawah Belanjawan 2021 bernilai RM150 juta. Dalam melangkah ke tahun 2021, para nelayan harus mengambil peluang ini untuk mengembangkan kapasiti mereka dan menambah pendapatan melalui inisiatif-inisiatif Kerajaan.

Arkib Foto

Logo Accessibility