YB Senator Tengku Datuk SeriUtama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah melawat dua penternak muda di SabakBernam semasa sesi #TinjauMOF. Seorang daripada mereka adalah penternak lembudan seorang lagi merupakan penternak kambing biri-biri.⠀⠀⠀⠀
Rasfanjani Mashugi, 33, bermula pada 2009 dengan 15 ekor lembu dan kini menternak hampir 300 ekor lembu. Selain dari ingin mengembangkan perniagaan ke negeri lain, beliau juga menanam hasrat menambah jumlah ternakan di tanah beliau berkeluasan 5 ekar untuk mengeksport daging lembu ke luar negara.




Bagi Zul Ashrafe Abd Ghani, 36, penternak kambing biri-biri, beliau bercita-cita untuk mengembangkan perniagaan sambil membuka peluang kepada anak muda dan golongan berpendapatan rendah menceburi bidang ini. Kini beliau telah membina sebuah bangunan untuk dijadikan sebuah pusat latihan untuk mereka yang ingin memulakan ternakan biri-biri sendiri. Antara penggalak kepada kemajuan Zul Ashrafe dalam bidang ini adalah penerimaan geran Agroprenuer Muda sebanyak RM20,000 pada 2015. ⠀⠀
Di bawah Belanjawan 2021, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan telah diperuntukkan sejumlah RM4.79 bilion untuk memperkasa sektor pertanian dan penternakan serta memperkukuh keselamatan makanan negara. Bagi sektor penternakan, Kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta khusus untuk projek pertanian dan penternakan berimpak dan bernilai tinggi bagi meningkatkan pengeluaran agromakanan negara. ⠀