Semasa Sesi #TinjauMOF di Sabak Bernam, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah bertemu dengan dua peladang yang mengusahakan tanaman pisang dan kelapa sejak beberapa tahun lepas.⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀
Bagi Mohd Sungip Omar, 41, semenjak krisis pandemik COVID-19, pendapatan dari ladang pisang beliau agak terjejas dan beliau mengharapkan bantuan untuk modal pusingan. Selain dari itu, dalam visi untuk mengembangkan perniagaan, beliau menanam hasrat untuk menambah tenaga kerja dan menggunakan teknologi seperti fertigasi (fertiliser + irrigation), kawalan AI dan drone untuk tujuan pemantauan. ⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀
Begitu juga dengan Mohd Ismail Yatim, 54, peladang kelapa hybrid, penggunaan teknologi moden seperti traktor dan AI dapat menambah kapasiti kerja dan meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga buruh. ⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀
Beliau telah menerangkan kepada mereka mengenai beberapa kemudahan pembiayaan buat pengusaha dan petani di bawah Belanjawan 2021 seperti Kemudahan Agro Makanan oleh BNM dengn peruntukan RM1 bilion dan inisiatif langsung buat peladang seperti Program Ladang e-Satelit dengan peruntukan RM10 juta untuk meningkatkan hasil ladang melalui penggunaan teknologi moden.⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀
Beliau juga telah menyatakan komitmen untuk membawa cadangan dan maklum balas mereka ke kementerian dan agensi berkaitan untuk langkah-langkah seterusnya.⠀⠀

