Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi #TinjauMOF Ke Jempol, Negeri Sembilan - Perkampungan Orang Asli Panchor

⠀

Semasa di Jempol, Negeri Sembilan, untuk sesi #TinjauMOF, YB Dato’ Haji Mohd Salim Mohd Sharif, Ahli Parlimen Jempol telah membawa YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan melawat Perkampungan Orang Asli Panchor untuk melihat keadaan dan mendengar maklum balas penduduk setempat. Turut bersama adalah YB Dato’ Manickam Letchuman, ADUN Jeram Padang, dan wakil dari Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Perjalanan 3km dari jalan utama dimulakan dengan menaiki pacuan 4 roda yang di pandu sendiri oleh YB Dato’ Salim, melalui jalan ‘off-road’ yang agak mencabar.

Setibanya di perkampungan Orang Asli, mereka telah menyampaikan sedikit sumbangan dan menerima maklumbalas penduduk mengenai keperluan mereka.

Berdasarkan dari tinjauan, antara perkara yang penting buat mereka sekarang ini adalah infrastruktur jalan keluar masuk kampung seperti jalan yang berturap dan lampu.

Di bawah #Belanjawan2021, Kerajaan telah memperuntukkan RM158 juta bagi membolehkan aspek kesejahteraan komuniti Orang Asli diteruskan. Selain itu, Kerajaan juga memperuntukkan RM5 juta bagi menjalankan kerja ukur tanah untuk menanda sempadan di 21 perkampungan Orang Asli. Kerajaan juga akan menaik taraf dan membina 14 taman bimbingan kanak-kanak (TABIKA) baharu di perkampungan Orang Asli.

Arkib Foto

Logo Accessibility