Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi #TinjauMOF ke Jempol, Negeri Sembilan – Pusat Pembelajaran Digital Dan Multimedia

Sesi #TinjauMOF ke Jempol, Negeri Sembilan – Pusat Pembelajaran Digital Dan Multimedia
YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah turun padang ke Jempol, Negeri Sembilan, untuk sesi turun padang #TinjauMOF, bagi mendapatkan maklum balas dan cadangan rakyat mengenai inisiatif-inisiatif Kerajaan. Turut bersama beliau adalah YB Dato' Hj Mohd Salim Mohd Sharif, Ahli Parlimen Jempol, dan wakil-wakil agensi berkaitan. ⠀⠀

Antara lokasi lawatan adalah Pusat Pembelajaran Digital dan Multimedia Kg. Serting Ilir, iaitu sebuah pusat bagi pelajar kurang berkemampuan untuk mengikuti sesi pembelajaran secara dalam talian. Ini merupakan sebuah inisiatif oleh YB Dato’ Hj Mohd Salim sendiri yang bertempat di Pusat Komuniti Kg. Serting Ilir, dilengkapi dengan peranti digital seperti komputer, WiFi percuma, smart TV, serta penghawa dingin untuk memberikan suasana pembelajaran yang selesa dan efektif. ⠀⠀

Pihak Kerajaan amat mengalu-alukan program sedemikian dalam kita menghadapi cabaran pandemik COVID-19. Di bawah #Belanjawan2021 juga, Kerajaan telah memperuntukkan RM500 juta untuk inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) bertujuan memastikan kesalinghubungan sejumlah 430 sekolah di seluruh negara dan memantapkan lagi penggunaan teknologi digital dalam aktiviti pembelajaran. Di bawah Pakej PERMAI, lanjutan pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet juga disediakan sehingga 31 Disember 2021 bagi menggalakkan pembelajaran digital.⠀⠀

Arkib Foto

Logo Accessibility