Semasa perjalanan pulang dari sesi #TinjauMOF di Jempol, Negeri Sembilan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengadakan lawatan terakhir ke Pusat Tanaman Hidroponik Kg. Sawah Liat, Terachi, Kuala Pilah.
Di sana, beliau telah diberi taklimat oleh Encik Salim Latif dan En Mazlan Kasim mengenai projek tanaman hidroponik atau ‘sayur bermeja’ yang diusahakan mereka. Buat masa ini, tanaman ditumpukan kepada penanaman sayur sawi yang dijual kepada penduduk setempat. ⠀


