Dalam sesi libat urus #Bajet2022 bersama pemain industri ‘gig economy’ sebelum ini, YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah bersempatan untuk berjumpa Encik Zulhelmi, Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia untuk mendengar cadangan dan pandangan mereka untuk #Bajet2022. Dalam masa yang sama, Encik Zulhelmi turut mengadu dan memaklumkan tentang masalah dan kekangan yang dihadapi mereka ketika mencari rezeki.

Oleh itu, beliau telah berkesempatan mengadakan sesi turun padang untuk berjumpa para penghantar makanan untuk mendengar keluhan mereka sambil sesi bertegur sapa dengan mereka.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Beliau memahami bahawa bukan mudah kerja mereka semua yang sentiasa berhadapan dengan risiko ketika menghantar makanan dan barang demi mencari rezeki. Ia memerlukan tahap kesabaran yang tinggi, kecekalan dan minat. Beliau akan cuba membantu sebaik mungkin untuk semua pihak.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada wakil-wakil Pemuda UMNO, Dato Nizar Najib, Encik Fairuz, Encik Fadzmel dan rakan-rakan pemuda lain yang turut hadir dan sentiasa komited menjadi perantara kepada isu kebajikan serta penambahbaikan industri ekonomi gig melibatkan rakyat.
