Sesi Turun Padang #Bajet2022 bertemu Usahawan Kristal di Pulau Langkawi, Kedah

Sesi Turun Padang #Bajet2022 bertemu Usahawan Kristal di Pulau Langkawi, Kedah

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan turun padang #Bajet2022 berjumpa dengan pembuat dan usahawan kristal di Pulau Langkawi, Kedah.

Antaranya yang ditemui dan ditemu bual oleh beliau adalah Encik Kamarul. Beliau berkesempatan bertanya masalah dan cabaran yang dihadapi oleh Encik Kamarul apabila pandemik COVID-19 melanda negara. Usahawan itu mengakui bahawa turut terkesan apabila kristal-kristal kurang terjual apabila ketiadaan para pelancong di Pulau Langkawi.

Dalam pada itu, usahawan tersebut turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan yang telah mewujudkan Inisiatif Pemulihan CENDANA di bawah kategori Pilihan Industri Seni Kraf dalam pakej rangsangan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), iaitu geran untuk para penggiat seni kraf yang mana usahawan tersebut juga telah memohon dan mendapat bantuan geran tersebut.

Dengan bantuan geran itu, usahawan tersebut dapat membeli barang bantuan alatan, bahan mentah dan modal kerja untuk meneruskan kehidupan seharian. Usahawan itu juga berharap dengan pelaksanaan gelembung pelancongan di Pulau Langkawi akan meningkatkan semula sektor pelancongan dan akan membantu semula usahawan-usahawan kraf yang terkesan.

Pada akhir perjumpaan, beliau turut mendoakan supaya perniagaan seni kraf akan kembali berjalan lancar dan mengucapkan selamat maju jaya untuk Encik Kamarul dan semua usahawan seni kraf di Pulau Langkawi.