Sesi Turun Padang #Bajet2022 di Tasik Bera, Pahang

Sesi Turun Padang #Bajet2022 di Tasik Bera, Pahang

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan turun padang di Bera, daerah terakhir bagi sesi jelajah #Bajet2022 Pahang. Lokasi tinjauan pertama adalah Tapak Ramsar Tasek Bera, iaitu tasik semula jadi terbesar di Malaysia dengan kawasan hutan simpan kekal berkeluasan 31,255.09 hektar

Beliau berpandangan bahawa Tasek Bera sememangnya sangat berpotensi untuk dibangunkan sebagai destinasi ecotourism. Tasek Bera adalah amat unik berbanding tasik-tasik lain yang popular di Pahang kerana ia adalah kawasan tanah lembap yang jarang ditemui. Selain itu, kawasan tersebut juga menjadi habitat kepada pelbagai jenis spesis air dan darat terancam seperti ikan kelisa hijau, tapir, harimau malaya dan juga spesis tumbuhan seperti Purple Water Trumpet yang hanya tumbuh di Tasek Bera.

Kawasan Tasek Bera juga adalah penempatan kepada komuniti Orang Asli Semelai yang telah bertapak selama lebih 600 tahun. ⠀

Menerusi taklimat yang beliau terima, kerja-kerja membaik pulih kawasan tersebut adalah amat penting bukan sahaja untuk menarik pelancong ke Tasek Bera, tetapi yang lebih penting adalah memastikan ekosistem kawasan terus terjamin agar keindahan alam ini dapat dinikmati oleh generasi-generasi seterusnya. #TeamMOF akan meneliti cadangan yang diberikan dan merencana pelan terbaik untuk #Bajet2022.