YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan turun padang dan hadir ke majlis makan malam dengan wakil-wakil daripada kaum Cina di Kuala Selangor yang mewakili persatuan-persatuan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan rumah ibadat.

Kebanyakan yang hadir majoritinya ialah peniaga dan ramai yang terlibat dalam aktiviti perniagaan yang berkaitan dengan industri pelancongan, yang paling banyak terkesan daripada impak COVID-19.

Kehadiran beliau pada sesi tersebut ialah untuk mendengar permasalahan rakyat supaya formula pemulihan ekonomi yang sedang Kerajaan jalankan lebih tepat dan berkesan untuk semua kategori rakyat sama seperti mana sesi-sesi perjumpaan sebelum ini dengan pelbagai kumpulan rakyat di seluruh negara.

Beliau percaya dengan kerjasama yang erat antara Kerajaan dan rakyat, dengan semangat Keluarga Malaysia yang menekankan sifat saling membantu tanpa mengira kumpulan atau kaum seperti sebuah keluarga, kita akan berjaya merancakkan ekonomi kita semula.
