Sesi Turun Padang di Kampung Gamin, Seri Menanti, Negeri Sembilan

Sesi Turun Padang di Kampung Gamin, Seri Menanti, Negeri Sembilan

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan turun padang ke Kampung Gamin, Seri Menanti, Negeri Sembilan untuk bertemu dengan Encik Noor Akmal Abd Majid, seorang usahawan muda yang mengusahakan kedai makan PizzaRia Kampung Boy.

Beliau sangat kagum dengan usahawan muda tersebut. Usahawan itu dulunya merupakan seorang jurutera dan menjalankan perniagaan makanan dari rumah pada hujung minggu sahaja, kini mengusahakan perniagaan tersebut sepenuh masa. Bermula pada 2020 dengan hasil jualan sejumlah RM8,000/bulan, kini perniagaan makanan itu boleh membawa pulangan sehingga RM18,000 sebulan. Beliau juga menggaji pekerja-pekerja dari kawasan kampung dan menggunakan kaedah jualan secara dalam talian.

Beliau turut berkesempatan berbual dan memberikan kata-kata semangat buat usahawan muda itu supaya sentiasa yakin dan meneruskan perjuangan dalam perniagaan makanan yang diceburinya itu.

Kerajaan sentiasa mengambil langkah untuk memperkasakan para usahawan. Di bawah #Belanjawan2021, Kerajaan telah memperuntukkan RM4.6 bilion bagi memperkasa usahawan seperti RM800 juta bagi program peningkatan keupayaan dan RM1.3 bilion lagi untuk pelbagai program peningkatan kapasiti termasuk pembangunan profesional.