YB Datuk Seri Haji Ahmad Haji Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I telah melawat Jabatan Kastam Diraja Malaysia Kargo Udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Beliau turut turun padang ke Perbendaharaan Malaysia Sarawak serta beberapa agensi di bawah Kementerian Kewangan di Bangunan Sultan Iskandar.

Beliau berharap agar semua penjawat awam yang berkaitan terus berkhidmat untuk rakyat dengan sepenuh hati walau menghadapi pelbagai cabaran.
