Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang di MAHA 2022

Sesi Turun Padang di MAHA 2022

Selesai majlis perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2022, YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan bersama-sama YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri dan rombongan untuk melawat pameran-pameran di sekitar MAEPS. Sambutan dari pelbagai agensi Kerajaan dan swasta amat mengagumkan pada tahun ini.

Antara pempamer yang menyertai pameran adalah daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Agrobank, Bioeconomy Corporation, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Aerodyne Group dan SAT.ASIA serta lain-lain.

Selain itu, terdapat juga Laman Herba, Laman Sayur, Buah-Buahan, Laman Padi, Laman Perikanan, Laman Ternakan, Laman Jentera serta pavilion-pavilion negeri yang menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik.


Arkib Foto

Logo Accessibility